4 ever and ever

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 2, 2010

apa-apa aja

Tiba2 rasa nak mencoretkan sesuatu, tapi tak tahu apa tajuknya. Hemmm.. tut tut dah masuk bulan Disember, sebulan lagi masuklah tahun baru 2011. Umur pun semakin meningkat.Nak masuk dalam kelompok 50 an bye ..bye 40th.....

Tahun depan kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, Mudah2an dapatlah seorang lagi menantu.. persiapan pun kena doh dari sekarang. Buat sikit2 dok berasa sangat. Kalau sekali gus terasa duit melayang. Bukan senang nak melepaskan seorg2 anak. Dari kecil sehinggalah dewasa kalau dihitung perbelanjaan mencecah melebihi ribuan... apa yg perlu dari seorg anak utk ibu bapa hanyalah kasih sayang dan ingatan.....

Monday, November 1, 2010

NoVeMbEr

pejam celik pejam celik dah masuk bulan November, lagi satu bulan meningkat umur setahun lagi. Maka semakin hampir lah kita dengan kematian. Hari2 berita kemalangan menyebabkan kemalangan jiwa. Sudahkan kita semua bersedia??? cukupkah amalan didada??? Aktiviti jabatan pun sudah semakin berkurang.. Aktiviti terakhir selepas konvo Tadika adalah Hari Q. Tengah duk prepared apa yag patut. Walaupun aktiviti harian tapi kena prepare juga untuk pastikan majlis berjalan dengan lancar dan teratur....

Bulan November juga Hari Raya Korban dan ada majlis juga lah kat rumah Mom ni. Nak buat kecil2lan jadi besar2an kot. Kalau tak tak kan siap dengan hantaran, make-up, jurugambar. Benda tak dirancang just ikut flow aje. Harap2 majlis berjalan dengan meriah walaupun tak jumput ramai cuma adik beradik aje....

Tunggu masa aja, majlis Hari Q, Hari Raya Haji dan juga majlis merisik/bertunang anakanda yg kedua. Muga2 jodoh mereka berpanjangan hingga kejinjang pelamain dan ke anak cucu. AMIN

Wednesday, September 29, 2010

jamuan raya YIT

lama nya tak blogger
dekat sebulan rasanya
puasa sudah diganti
lega rasanya

hari khamis 30 Sept YIT sambut raya
jemputlah ya datang beramai2
drp pukul 9.30 pg hingga 2.30ptg

persiapan dewan semua sudah sedia
makan minum sudah ditempah
siap dengan jemputan band lagi
harap2 meriahlah macam tahun2 lepas

mom tak lepas drp bersedia
30 hb jatuh hari khamis
kena pakai baju batik ni
mom pulak raya tak buat batik

so apa lagi terus Zoooom
ke butik Fatimah songket
mencari baju yang sesuai
lepas beli baju tudung pulak
cari ke Myraa butik
hasilnya..........
nah ini dia



Baju RM450.00
upah letak batu RM 120.00
tudung Rm 100
letak batu 35

Moral: kepuasan mengatasi segalanya
Luv U All

Wednesday, September 8, 2010

SeLaMaT HaRi RaYa

lo leh lo leh tinggal 1 hari lagi puasa
walaupun mom raya awal, bahang raya dah menjalar
raya skrg tak mcm masa budak2
suka sgt kalau raya
skg kalau raya duit habis lah jawabnya
nak bagi duit raya, buat rumah terbuka
upah jahit baju, jahit manik, selangang lg
aduh!! pening juga rasa
mom & anak perempuan lagi berbelanja sakan
rapi org kata sesekali raya belanja sakanlah
apa2 pun mom mengambil kesempatan untuk
mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Moral" beringatlah apabila bergembira"
Luv U all

Sunday, September 5, 2010

RaYa AwAl

6 hari lagi nak raya, mom dah raya pun
mula2 dah tinggal 3 hari, ni lagi 6 hari
9 hari lah tak cukup puasa tahun ni
nak wat macamana benda nak keluar
dah mcm tu kalau jadi perempaun
persiapan raya dah siap sikit2, rumah belum kemas lagi
ni kerja anak2, biskut raya dah siap
mom punya mother & anuty akan raya kat rumah
nak buat apa makan pagi raya
ingat2 nak buat nasi minyak, cuba2 buat sendiri
asyik nak tempah aja
hem.. tahun ni try test buat diri lah pulak
bukan tak pandai saja nak bagi rezeki kat org sebenarnya
MeNu PaGi RaYa PeRtAmA
nasi minyak
Kurma daging
ayam goreng merah
acar nenas
ketupat + rendang
tapai
satay + nasi kapit




Moral" masa bergembira dipagi raya ingatlah pada insan yang berduka"

Luv U all

Sunday, August 29, 2010

Lailatul Qadar

sibuk sampai tak ada masa nak menaip. Aktiviti jabatan lagi dengan majlis berbuka puasa di daerah2, hari minggu masa dihabiskan dengan membuat kek(tlg hubby) dan biskut(tlg anak) bulan2 puasa ni kenalah buat amal ibadat sikit untuk menambahkan pahala. Sebut dengan amal ibadat, dah cukup ke kita beramal??? Berapa kerap yang mengaji Al-Quran di bulan Ramadhan, pergi sembahyang terawikh dimalam hari. Bila Lailatul Qadar??? tiada jawapan yang pasti sesiapa yang beramal dengan iklhas. beribadat kerana Allah, malam Lailutal Qadar pasti diketemui. Berdoalah !!!!

Renungan "untuk mendapat ganjaran yg berlimpah, beramallah kerana Allah"
Luv U All

Monday, August 16, 2010

hajat

hajat nak buat nasi goreng untuk berbuka baru tercapai
hari yang ke berapa ya!!
hem....5 hari puasa
nasi goreng + sotong + kerang + fish cake
kerepok lekor
telur mata lembu
belacan + ulam timun
teo o laici
milo ping (Yanie)
ketupat
puteri mandi
menyelerakan biar bertiga aja berbuka
malam nasi + kari daging
dan sambal ayam
tea o & milo kosong
cukuplah untuk mengalas perut
untuk berpuasa keesokan harinya
Moral"jangan gelojoh ketika berbuka"
Luv U All